Bangunan Maybank Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan laman web Maybank2u kini mengalami masalah putus-putus.

”Sementara itu, sila lakukan transaksi perbankan anda dalam talian melalui aplikasi MAE atau aplikasi M2U MY,” kata Maybank menerusi Twitter sambil memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Katanya, Maybank sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. – MalaysiaGazette