Margaret Gan. - Foto Instagram Serina Redzuawan.

KUALA LUMPUR – Pelakon berbangsa Cina, Margaret Gan cukup sinonim bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan drama Melayu.

Namun begitu, berita yang dikongsikan pelakon Serina Redzuawan di Instagram miliknya mencuri perhatian apabila Margaret telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

“Allahuakhbar..Indahnya sebuah penghijrahan, ibarat bayi yang baru dilahirkan semula bersih putih suci tanpa dosa. Subhanallah..Benarlah hidayah itu milik Allah SWT, bayangkan Seniwati Margaret Gan ini akhirnya memeluk agama Islam pada usianya 79 tahun.

“Dari kisah yang Serina baca, anak lelakinya, Mohd Taufik Gan lebih awal memeluk Islam ketika usia 20-an, zaman belajar, malahan anaknya berkahwin dengan wanita Islam dan kini mempunyai cucu. Mereka tinggal serumah bersama-sama,” tulisnya.

Kongsi Serina lagi, pelakon berkenaan juga sudah biasa dengan kehidupan rutin sebagai orang islam kerana melihat anak serta menantunya mendirikan solat malah dia juga tidak kekok bila dia kini wajib memakai hijab.

“Kerana dia lihat menantunya memakai hijab setiap hari. Paling indah..bila dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak lelaki tunggalnya sendiri,

“Sebak sehingga menitis air mata anak lelaki nya kerana selama ini dia tidak pernah mendesak ibunya memeluk agama Islam. Malahan kita semua juga tau Aunty Margaret juga popular di kaca tv dengan pelbagai drama Melayu,” ujarnya.

Pada masa sama, Serina berpesan agar semuanya dapat mendoakan agar seniwati berkenaan terus istiqomah.

“Marilah kita sama mendoakan semoga Aunty Margaret Gan istikhomah dan terus berdakwah supaya lebih ramai lagi yang akan memeluk agama Islam Allahuakhbar!

“Tahniah Aunty Margaret Tan. Sungguh terinspirasi dengan penghijrahan aunty. Kebetulan beberapa bulan lepas Seniman ada anjurkan program bengkel lakonan, Serina sebagai moderator. Aunty pun ada sama dalam kelas tu.

“Keperibadian yang sangat terpuji..Rajin belajar, menghormati orang lain, merendah diri dan sering tersenyum orangnya. Maka Allah pilih insan yang berhati mulia ini untuk diberi hidayah,” tulisnya. – MalaysGazette