Thursday, April 25, 2024
Home Sukan Gianluigi Buffon sambung kontrak di Parma hingga 2024

Gianluigi Buffon sambung kontrak di Parma hingga 2024

Gianluigi Buffon (kiri). Foto Twitter Parma.
PARMA – Gianluigi Buffon menandatangani lanjutan kontrak dengan Parma yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga Jun 2024 yang menyaksikan dia akan terus bermain bola sepak melepasi usia 46 tahun.
Presiden Parma, Kyle Krause mengumumkan pembaharuan kontrak Buffon pada sidang media.
“Saya ada berita baik kerana Gigi telah memperbaharui kontraknya sehingga 2024.
“Dia pemain yang hebat, satu kebanggaan untuk kami: Gigi mempunyai semangat yang besar untuk Parma, kami sangat gembira atas sokongan dan komitmennya,” kata Krause.
Penjaga gol veteran itu membuat penampilan sulung di Parma pada 1995 ketika berusia 17 tahun.
Selepas bersama Juventus dan semusim bersama Paris Saint-Germain dia kembali ke Stadio Ennio Tardini tahun lepas.
Buffon yang telah membuat rekod 176 penampilan untuk Azzurri, telah muncul 23 kali untuk Parma dalam Serie B musim ini dengan pasukan Giuseppe Iachini itu kini berada di tangga ke-13. – MalaysiaGazette