Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan buah negeri mencatatkan kadar penggunaan katil melebihi 50 peratus di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga semalam penggunaan katil ICU di Putrajaya mencecah 67 peratus.

Diikuti dengan Kuala Lumpur 65 peratus, Johor dan Melaka masing-masing 63 peratus.

Di Kelantan 58 peratus, Perlis dan Selangor pula masing-masing 55 peratus di manakala, Sabah 53 peratus.

Ujarnya, hospital di Kuala Lumpur dan Kelantan mencatatkan kadar penggunaan katil bukan ICU yang melebihi 90 peratus iaitu masing-masing 95 peratus dan 94 peratus.

Diikuti dengan Putrajaya (86 peratus), Selangor (81 peratua), Perlis (78 peratus), Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus),
Terengganu (62 peratus) dan Pulau Pinang (60 peratus).

Kadar penggunaan katil bagi bukan ICU di Sabah pula 54 peratus manakala Sarawak 52 peratus. – MalaysiaGazette