Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bermula hari ini membabitkan seramai 407,097 calon.

Peperiksaan kertas Bahasa Melayu bermula pada jam 8 pag ini.

Seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut melibatkan 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia terpaksa menangguhkan dua hari pertama SPM bagi 708 calon di Kelantan berikutan banjir.

Penangguhan itu berikutan tiada pusat peperiksaan alternatif yang sesuai selepas tujuh sekolah calon berkenaan dinaiki air.

Justeru mereka dijadualkan menduduki kertas peperiksaan terbabit pada sidang kedua April depan. – MalaysiaGazette