Perdana Menteri Australia, Scott Morrison disahkan positif Covid-19. Foto- AAP

SYDENY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau disahkan positif Covid-19 setelah mempunyai gejala ringan termasuk selsema dan demam.

“Saya akan terus mengikut panduan kesihatan dan mengasingkan diri di Sydney”, katanya beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Morrison berkata, beliau akan terus akan menunaikan tugasnya sebagai perdana menteri ketika menjalani kuarantin dan menyelaras tindak balas kerajaannya terhadap perang di Ukraine dan memberi bantuan kecemasan terhadap banjir yang melanda timur negara itu.

Selepas mengalami demam pasi semalam, Morrison berkata, beliau telah membuat ujian saringan yang menunjukkan dijangkiti virus tersebut.

Perdana menteri itu berkata, beliau telah menjalani ujian Covid-19 sejak Ahad lalu, termasuk pagi semalam, yang mana keputusannya adalah negatif.

Morrison tidak menghadiri majlis yang diadakan di Sydney Opera House petang semalam yang mana bangunan berbentuk kapal layar itu diterangi dengan cahaya berwarna kuning dan biru sebagai tanda sokongan Australia terhadap Ukraine. – Reuters

(https://www.reuters.com/world/asia-pacific/australian-prime-minister-tests-positive-covid-19-2022-03-01/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast