Remaja itu berumur kira-kira 15 hingga 18 tahun pada masa kesalahan didakwa berlaku iaitu dari 2017 hingga 2020. Foto-www.todayonline.com

SINGAPURA – Seorang remaja warga Singapura berumur 19 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan atas beberapa kes seksual dan mencederakan adik perempuannya.

Remaja tersebut yang kini belajar di Institut Pendidikan Teknikal dipercayai melakukan kesalahan itu semasa berusia kira-kira 15 hingga 18 tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2020.

Adiknya pada masa itu berusia antara lapan dan 11 tahun dan  menurut kedua-dua mereka tidak boleh dinamakan bagi menjaga identitinya oleh pihak mahkamah.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah unit perumahan awam seperti yang didapati daripada dokumen mahkamah.

Malah remaja lelaki itu disabitkan dengan dua kesalahan atas dakwaan merogol adiknya, pencabulan seksual dan mecederakan mangsa secara sukarela.

Berdasarkan dokumen mahkamah, remaja itu didakwa pencabulan seksual dua kali pada tahun 2017.Dia juga mencuba  merogol adiknya pada bulan Februari di bilik tidur ketika budak perempuan itu berusia lapan tahun.

Pada Oktober 2017 pula, petuduh tersebut juga dikatakan menumbuk muka adiknya sehingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bawah mata dan sakit badan.

Kemudian pada tahun berikutnya, dia mencederakan sekali lagi adiknya sehingga berdarah menggunakan kayu.

Dia juga dituduh merogol mangsa dua kali pada Januari 2020 tetapi tidak jelas bagaimana jenayahnya kini  terbongkar.

Gadis itu kini berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kata seorang pendakwa polis kepada mahkamah.

Ibu bapa mereka juga berada di mahkamah dan bersetuju untuk menyelamatkan anak lelakinya.

Malah Hakim Daerah Terence Tay menetapkan jaminan sebanyak S$50,000 dan menangguhkan kes kepada 23 Mac ini.

Dalam pada itu, individu  yang disabitkan kesalahan merogol atau pencabulan seksual bawah umur 14 tahun boleh dipenjara sekurang-kurangnya lapan tahun dan sehingga 20 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Manakala percubaan merogol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun berserta sebatan.

Akhirnya, mereka yang didakwa sengaja mencederakkan seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$5,000 atau dihukum dengan kedua-duanya.-TODAYONLINE-(https://www.todayonline.com/singapore/youth-charged-raping-sexually-assaulting-sister-when-she-was-aged-8-11-1833161)