Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bercakap kepada media selepas sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Parit Bertak, Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.

BENUT – Kerajaan negeri Johor menggesa kerajaan Pusat memuktamadkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk rakyat Malaysia yang berulang-alik secara harian ke negara jiran Singapura.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang berterima kasih kepada kerajaan berikutan keputusan membuka sempadan negara pada 1 April depan berkata, peraturan untuk mereka yang berulang-alik ke negara seberang tambak itu perlu segera digubal.

“Saya amat berterima kasih dan mengharapkan dengan pembukaan sempadan ini, kerajaan boleh memperincikan berkenaan dengan mereka yang berulang alik secara harian kerana itu yang kita harapkan terhadap pembukaan sempadan.

“Ini akan merancakkan semula sektor-sektor seperti pelancongan dan juga mereka yang perlu berulang alik datang ke Malaysia datang ke Johor selain daripada yang perlu berulang alik harian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette