MGNews: ‘Datuk’ Addy Kana Didenda RM10,000

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengenakan denda kepada Zaidi Kanapiah atau dikenali Datuk Addy Kana didenda RM10,000 atas pertuduhan tidak melaporkan permintaan suapan kepada pihak berkuasa, tiga tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh 38 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.