Instastory jurulatih, Shahrulnizam Mustapa.

KUALA LUMPUR – Perak FC dilaporkan masih belum menjelaskan bayaran yang dijanjikan pihak pengurusan membabitkan tunggakan dua bulan kepada pemain baru dan empat bulan kepada pemain lama yang dijanjikan semalam.

Pemain dan jurulatih The Bos Gaurus yang tidak berpuas hati dengan perkara itu meluahkan perasaan mereka di media sosial.

“Dan sesungguhnya scammer itu benar,” tulis satu hantaran Instastory jurulatih, Shahrulnizam Mustapa sambil berkongsi kenyataan rasmi Perak FC sebelum ini.

Selain itu, pertahanan kanan, Danish Haziq turut memuatnaik Instastory yang memaparkan gambar skuad Perak FC berserta emoji sedih.

Pada 3 Mac lalu, Perak FC berjanji menyelesaikan isu pembayaran gaji semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakariah mengeluarkan satu kenyataannya itu hari ini berikutan tular di media sosial pemain kelab berkenaan tidak menerima gaji selama dua bulan.

“Saya minta pemain bersabar sehingga 7 Mac. Kita akan bayar gaji seperti yang dinyatakan dalam kontrak masing-masing,” katanya.

Muhammad Yunus berkata, kelab telah menjamin pembayaran gaji kepada bekas pemain import sebelum akhir April ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast