KUALA LUMPUR – Seramai 15 pemain Negeri Sembilan FC disahkan positif Covid-19 yang menyaksikan perlawanan kedua skuad bimbingan K. Devan di tempat lawan menentang Terengganu FC malam ini ditunda ke tarikh baharu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)  perlawanan Liga Super yang menemukan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

“Ia susulan seramai 15 pemain dan pegawai NSFC telah disahkan positif Covid-19 sekali gus perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA 2022 pada 13 Mac 2022 (Ahad) di venue yang sama juga terpaksa ditunda.

“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif Covid-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” ujar kenyataan tersebut.

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Nafuzi Zain masih belum lagi beraksi dałam saingan sebenar selepas sebelum ini aksi menentang Sri Pahang FC juga terpaksa ditunda ekoran Covid-19.

Bagi NSFC pula hasrat untuk melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Sabah FC pada aksi pembuka tirai kejohanan Liga Super 2022 tidak kesampaian.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA di venue yang sama, Ahad ini juga terpaksa ditunda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast