Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) akan mengambil bahagian dalam acara Hari Terbuka GLC 2022 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 13 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre).

Penyertaan TM adalah sebagai sebahagian daripada tapak pameran Khazanah Nasional Berhad.

Orang ramai boleh mengetahui tentang perjalanan TM dan catatan peristiwa-peristiwa penting sepanjang 75 tahun penubuhannya, peranan TM sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat senaraian awam (PLC) serta komitmen TM terhadap kelestarian dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Selain itu, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkenaan produk dan penyelesaian yang TM tawarkan kepada pelanggan-pelanggannya daripada segmen kediaman dan perniagaan.

Mereka juga boleh memberikan maklum balas atau mendapatkan sebarang bantuan berkenaan produk dan perkhidmatan TM daripada pegawai yang bertugas.

Bagi yang ingin mengintai peluang kerjaya di TM, mereka turut boleh berbuat demikian di tapak pameran TM sepanjang acara selama tiga hari ini.

Semua dijemput hadir ke tapak pameran TM di Hari Terbuka GLC dan dapatkan maklumat yang anda cari. – MalaysiaGazette