Foto Instgram Hafizh Syahrin.

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya bergelar bapa apabila mengesahkan isterinya telah selamat melahirkan anak pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsi di Instagram dengan memuat naik status iste­rinya Noor Suzana Abdul Manaf telah selamat melahirkan anak lelaki.

“Alhamdullilah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki jam 1.37 pagi 10/3/2022. Berat bayi 3.86 kg (kilogram),” tulisnya semalam.

Hafizh, 27, berkahwin de­ngan Suzana, seorang model pada Disember 2017. – MalaysiaGazette