Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) menjunjung tangan Pengerusi BN Johor merangkap calon BN N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad sebagai tanda meraikan kemenangan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di BN Command Center, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 29 daripada 56 kerusi yang ditandingi.

Laporan terkini menunjukkan BN meninggalkan pesaingnya di kebanyakan kerusi dan tidak mustahil mencatatkan kemenangan dua pertiga bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh.