Dua kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum terlanggar tiang elektrik di Kampung Terus, Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Dua pelajar Sekolah Kebangsaaan Guar Perahu maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas sebelum sebelum terlanggar tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Nerus, Kubang Semang di sini hari ini.

Kejadian pukul 2.45 petang itu menyebabkan Muhammad Izzani Hakimi Mohd Izzat dan rakannya masing-masing berusia 12 tahun maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi dua lelaki itu terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik lalu tercampur ke kawasan semak di kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita minta saksi yang melihat kejadian itu tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ami Syuqri di talian 013 418 4072 atau 04 538 2222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, ibu Muhammad Izzani Hakimi enggan mengulas mengenai kejadian tersebut.

“Maaf, tolong beri kami ruang. Kami sekeluarga sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa anak saya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu tular beberapa rakaman video membabitkan kemalangan tersebut di media sosial hari ini.

Berdasarkan klip video tersebut kedua-dua mangsa berada dalam semak selain ada beberapa individu mengutip cebisan otak dipercayai milik mangsa di lokasi kemalangan. – MalaysiaGazette