Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Perjanjian persefahaman antara UMNO dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini hanya akan berakhir sekiranya parti itu mengisytiharkan kerjasama itu tamat secara rasmi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam soal ini, Pas perlu membuat pendirian tegas susulan tindakan parti itu yang membelakangi UMNO.

“Saya tak kata tamat, yang hanya boleh menamatkan, sama-sama kena buat keputusan, kalau dulu kita memeteraikan MOU secara bersama, ia adalah hubungan dua hala dan ia bukan komitmen uniliteral.

“Kalau nak putuskan bagi saya, sebab MOU jer pun, maknanya salah satu kena isytiharkan.

“Dalam konteks ini, saya rasa bukan UMNO meninggalkan MN, yang meninggalkan MN adalah Pas,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Asyraf Wajdi juga berkata, pendedahan bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang mendedahkan keputusan Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulamak membuktikan Pas sendiri telah meninggalkan MN.

“Selepas Ahli Parlimen Kuala Nerus ini isytihar keluar parti, beliau mendedahkan keputusan Pas menyertai PN tidak pernah dirujuk kepada Majlis Syura yang merupakan majlis tertinggi dalam membuat keputusan parti.

“Ini membuktikan apa yang telah saya beritahu dulu, maknanya yang meninggalkan MN menyertai PN, membelakangi UMNO adalah Pas.

“UMNO tidak pernah pun mengkhianati hubungan antara UMNO dengan Pas terutamanya MN,” katanya.

Katanya lagi, tindakan Pas sebelum ini dalam tiga siri mesyuarat MN yang menafikan menyertai Jawatankuasa Penaja PN ternyata tidak berasas dan satu pembohongan yang jelas.

“Tiga kali itu juga Pas menafikan, bahkan di Melaka kita terus nak selamatkan, waktu itu keputusan MKT kita minta Pas bertanding menggunakan lambang Pas dan kita bersedia memberikan kerusi-kerusi boleh menang kepada Pas.

“Tetapi Pas mahu kekal menggunakan lambang PN, itu susahlah, keputusan Perhimpunan Agung UMNO, kita tak boleh bersama dengan Bersatu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. umNO PARTI SUCI…mana ada PRESIDEN DAN pimpinan2nya yang lain BUAT DOSA MUNGKAR DAN MUNGKIR JANJI….DULU KINI DAN SELAMANYA.
    RAKYAT TIDAKLAH BODOH DAN BUTA….yang ISYTIHAR KELUAR MN mula2 sekali dari TERENGGANU mat said diikuti umNO KELANTAN dan LEBIH DASHYAT ZAHID MUNAFIK dan 15 geng tarik sokongan menjatuhkan kerajaan MELAYU ISLAM kononnya MERATIB GAGAL GAGAL

    DAH berjaya SIFAR COVID di bawah pak long ISMAIL dgn menteri2 umNOngok sekarang????
    HAMPIR NAZAK dan diKUBURKAN mencari talian HAYAT walaupun MELAKUKAN KEZALIMAN PENINDASAN DISKRIMINASI PEMBUNUHAN MEMALI….pada PAS puluhan tahun..PAS sebak menerima umNO atas DASAR BERPEGANG TALI ALLAH atas UKHWAH DAN membuang yang KERUH

Comments are closed.