Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar sambil mengangkat tangan dengan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 19 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 sebulat suara bersetuju supaya pemilihan parti dibuat dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan langkah tepat.

Perwakilan Perlis, Mohd Hisyam Abd Latif berkata, pemilihan parti selepas PRU adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat parti.

“Memberikan kuasa penentu kepada top five untuk menentukan tarikh sesuai bagi membubarkan Parlimen juga menunjukkan betapa cantik dan indahnya UMNO bila PAU dapat dijalankan.

“Bagi saya secara jujur, timbalan presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) sangat berjiwa besar.

“Beliau telah meletakkan kepentingan parti di hadapan dalam setiap tutur bicaranya,” katanya memberikan reaksi terhadap penggulungan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO petang tadi.

Terdahulu, Mohamad dalam ucapan penggulungannya memaklumkan, pemilihan parti tersebut hanya akan dibuat dalam tempoh enam bulan selepas PRU diadakan.

Katanya, beliau akan memastikan perkara yang telah diputuskan pada PAU 2021 itu akan digerakkan dan diambil tindakan segera. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO adakan pemilihan 6 bulan selepas PRU – Tok Mat