Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Pahlawan Razarudin Husin dan Timbalan Ketua Pengarah Kastan (Penguatkuasaandan Pematuhan) Datuk Abdullah Jaafar (kanan) menunjukkan jerat haiwan liar yang berjaya dirampas pada sidang mesia sempena Operasi Bersepadu Khazanah (OBK)di Pusat Konvensyen Desaru Coast, Kota Tinggi petang tadi.

KOTA TINGGI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan kaedah menembak mati hidupan liar sebagai pendekatan terakhir pihaknya.

Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, menembak mati haiwan hanya akan dilakukan selepas mengambil kira aspek keselamatan dan ancaman terhadap manusia atau pegawai yang bertugas ketika itu.

“Dua-dua pun kita ada cuma kadang-kadang saya teringat ada orang tanya seperti kes harimau, kenapa jabatan tidak tembak guna pelali? Biasa dengarkan, kita ada undang-undang kita.

“Bila kita tembak pelali binatang itu kemungkinan besar 10 peratus mati kerana bila kita tembak dia tidak terus pengsan dia akan terkejut dan selepas 10 minit baru dia tumbang dia tidak sama di dalam zoo.

“Kalau dalam zoo kita tembak kita terus boleh ambil,” katanya dalam sidang media di Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Desaru pada petang tadi.

Menurut Abdul Kadir, jika tidak pihaknya akan memasang perangkap dan bekerjasama dengan penduduk bagi menangkap haiwan liar yang menganggu manusia.

Perhilitan juga memandang serius usaha pemburu haram yang memasang jerat untuk menangkap hidupan liar.

Bermula September 2019 sehingga Februari lalu, sejumlah 2, 038 jerat telah dimusnahkan jabatan perhilitan sepanjang operasi Program Rondaan dan Perlindungan Biodiversiti (Program BP3).

“Jerat yang diperbuat daripada dawai atau kabel mampu memberi ancaman utama terhadap hidupan liar. Jerat dawai atau kabel inilah menyumbang kepada peningkatan kepupusan spesis hidupan liar seperti harimau, tapir, gajah dan rusa,” katanya.

Sementara itu, daripada dua siri rondaan di lapangan pada tahun ini telah dilaksanakan dan sebanyak 11 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan dilakukan dengan keseluruhan nilai rampasan atau sitaan sebanyak RM54,000.

Selain itu ada  sebanyak 14 kesan khemah warga asing di kesan di Hutan Simpan dan Taman Negara dengan empat kesan takikan dan tebangan pokok keras serta 158 lain-lain kesan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast