Dua anggota polis mengepung sebuah sekolah menengah di Malmo selepas berlaku serangan hingga mengakibat dua wanita terbunuh. foto Reuters

MALMO – Dua wanita maut dalam satu insiden keganasan di sebuah sekolah menengah Sweden.

Polis berkata, kedua-dua wanita yang berusia 50-an itu merupakan pekerja di sekolah tersebut.

Seorang pelajar berusia 18 tahun telah ditahan kerana disyaki membunuh.

Dia dipercayai bertindak berseorangan.

Media-media melaporkan suspek telah bertindak menghubungi bantuan kecemasan dan mengaku telah melakukan pembunuhan itu.

Suspek dikatakan bersenjata pisau dan kapak dalam kejadian tersebut.

Semasa kejadian terdapat kira-kira 50 orang pelajar dalam kawasan sekolah menyebabkan mereka diminta terus berada di dalam kelas masing-masing sehingga keadaan selamat.

Setakat ini pihak berkuasa belum mendedahkan motif kejadian itu. – Mirror (https://www.mirror.co.uk/news/world-news/sweden-school-attack-armed-police-26522554)