Mendiang Datuk Ewe Swee Kheng yang sepatutnya menjadi antara saksi dalam perbicaraan rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Luahan itu pernah dibuat oleh mendiang yang sepatutnya menjadi saksi ke-15 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas beberapa pendedahan yang dibuatnya berhubung kes itu.