Gerakan pejuang Nasional
Satu poster di media sosial mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian pemerhati politik.

KUALA LUMPUR –  Satu poster di media sosial mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik perhatian pemerhati politik.

Menurut Facebook Politik Malaysia Terkini, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu didakwa dalam usaha untuk menubuhkan satu gabungan baharu politik negara diberi nama Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

“Dr. Mahathir akan wujudkan Gerakan Pejuang Nasional (GPN) di kalangan parti-parti pembangkang,” tulis poster berkenaan.

Difahamkan antara gabungan parti-parti itu adalah Pejuang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Piagam Rakyat, Pas, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan pengesahan dakwaan itu daripada pihak Dr. Mahathir.

Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu menjangkakan wujud pakatan antara parti-parti politik bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau mengakui sudah ada pendapat disuarakan parti pembangkang untuk membentuk pakatan susulan perpecahan yang hanya akan memberi kelebihan buat BN.

Malah Pejuang katanya akan berusaha mencari rakan kerjasama baharu menjelang PRU-15 kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. TUN bukan lawan UMNO tetapi lawan kluster mahkamah. Jadi lebih baik semua parti yang rasa bersih dan suci bergabung lawan BN yang dikusai kluster mahkamah. UMNO & DAP hersahabat, semua nak lindung kluster mahkamah. LGE & NAJIB pernah berpeluk, u cover i cover u.

Comments are closed.