Penantian 10 tahun membawa hasil apabila Johor muncul juara Muay Thai Kebangsaan 2022.

JOHOR BAHRU – Penantian lebih 10 tahun membawa hasil apabila Pasukan Muay Thai Johor muncul juara keseluruhan kejohanan Elit Senior dan Junior Kebangsaan 2022 apabila merangkul 18 pingat dengan lapan pingat emas, empat perak dan enam gangsa.

Ketua Jurulatih Johor, Edee Noor Iskandar Jumaat berkata, ia merupakan kejuaraan pertama kali sejak menyertainya pada tahun 2010 dan pencapaian tertinggi iaitu lima pasukan terbaik pada tahun 2014 dan 2017.

“Kejohanan ini disertai lebih 140 peserta dari seluruh negara, berlangsung di Putik, Kelantan pada 17 hingga mac 2022 yang lalu.

Edee Noor

“Bagi kategori elit dan senior, tiga emas berjaya dirangkul menerusi Damia Husna kategori wanita 42-45 kilogram (kg), Nurul Syafiqah kategori wanita 51-54 kg dan Jonathan Lim kategori lelaki 71-75 kg.

“Dua pingat perak bagi senior dimenangi Mohammad Rashid kategori lelaki 60-63.5 kg dan Fu Le Chua kategori lelaki 67-71 kg. Tiga pingat gangsa dimenangi tiga kategori lelaki iaitu Amirul Firdaus 48-51 kg, Luqman Nurhaqiem 57-60 kg dan Amirul Ashraf 63.5-67 kg.

Penantian 10 tahun membawa hasil apabila Johor muncul juara Muaythai Kebangsaan 2022.

“Manakala bagi kategori junior, Johor merangkul lima pingat emas melalui Nurqaisyara kategori 8-9 tahun perempuan 25-30 kg, Dania Hanie kategori 14-15 tahun perempuan 45-48 kg, Ahmad Akid 12-13 tahun lelaki 50-55 kg, Muhammad Rafael 12-13 tahun lelaki 55-60 kg dan Ahmad Faris Akid 14-15 tahun lelaki 42-45 kg,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Sementara itu, dua pingat perak disumbang menerusi Muhammad Sahal kategori 14-15 tahun lelaki 38-42 kg dan Purranjay Gopal kategori 14-15 tahun lelaki 54-57-60-63.5 kg Mix.

Bagi tiga pingat gangsa disumbangkan oleh Yusuf Ismail kategori 10-11 tahun lelaki 25-30 kg, Jesse Ethan kategori 14-15 tahun lelaki 48-51 kg dan Asyraf Sufian 14-15 tahun lelaki 51-54 kg.

“Kejayaan pasukan Muay Thai Johor lebih manis lagi apabila dua peninju mereka dinobatkan sebagai gelaran The Best Senior Female Boxer 2022 oleh Damia Husna Azian dan The Best Junior Female Boxer kepada Dania Hanie Azian.

“Pada awalnya pihak persatuan tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan ini kerana sedia maklum kekangan selama dua tahun setengah tiada sebarang program sukan yang aktif dapat dijalankan kerana Covid-19 namun dengan kesungguhan atlet serta program pembangunan dan latihan intensif yang disediakan ia membuah hasil yang membanggakan,” katanya.

Menerusi pelan pembangunan sukan Muay Thai negeri Johor dan Pelan Program Sukan Malaysia (SUKMA) Sukan Muaythai Negeri Johor telah menghantar atlet pembangunan yang berumur lapan hingga 13 tahun, atlet pelapis berusia 14 hingga 16 tahun dan atlet 17 hingga 21 tahun sebagai persedian untuk temasya sukan berkenaan.

“Ini adalah salah satu kejayaan yang paling tinggi dan besar maknaya bagi sukan muaythai negeri untuk terus maju kehadapan dan seterusnya mencapai impian mewakili Malaysia di Kejohanan Olimpik akan pada 2028 atau 2032 iaitu Junior World Olimpik Muaythai 2028 dan Muaythai Olimpik 2032,” katanya.-MalaysiaGazette