Former nasyid singer and composer, Yassin Sulaiman pleads not guilty at the Petaling Jaya Sessions Court to growing 17 cannabis plants in his house in Kota Damansara. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 31 MARCH 2022.  Bekas penyanyi nasyid dan Komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022. medical cannabis marijuana mental health bipolar
Former nasyid singer and composer, Yassin Sulaiman pleads not guilty at the Petaling Jaya Sessions Court to growing 17 cannabis plants in his house in Kota Damansara. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 31 MARCH 2022.  Bekas penyanyi nasyid dan Komposer, Yasin Sulaiman dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022.

PETALING JAYA – Tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid dan komposer terkenal selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja, 24 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Yasin Sulaiman, 46, hanya mengangguk dan memberitahu beliau memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 24 Mac 2022 pukul  5.30 petang di kediamannya di No A-12-5, Casa Indah Kondominium, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara dekat sini telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran seberat 214 gram.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Akta itu memperuntuk hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati boleh dikenakan hukuman sehingga 15 sebatan.

Terdahulu Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim dalam hujahannya memohon mahkamah untuk tidak menawarkan sebarang jaminan kerana Seksyen 41(B) Akta Dadah Berbahaya tidak membenarkan jaminan dibuat ke atas kes dengan hukuman mati.

Bekas penyanyi nasyid dan Komposer, Yassin Sulaiman dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022.

Bagaimanapun peguamnya, Yusmadi Yusoff dalam hujahan memohon jaminan diberikan kerana anak guamnya masih trauma akibat perceraian, mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan ibu bapa yang uzur.

Yusmadi juga bertegas agar Yasin diberikan jaminan yang bersesuaian termasuk dua penjamin kerana anak guamnya memerlukan rawatan hospital dengan segera kerana menghidap penyakit bipolar atau masalah mental yang serius.

Tambahnya, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam sidang medianya sebelum ini mengakui tertuduh tidak terlibat dalam pengedaran dan penjualan kerana ganja yang ditemui di kediamannya itu untuk kegunaan sendiri.

Bagaimanapun pihak pendakwaan mempersoalkan hujahan pembelaan yang menggunakan petikan akhbar sedangkan kenyataan polis itu tidak dibuat secara akuan bersumpah di mahkamah.

Setelah mempertimbangkan hujahan pendakwaan dan pembelaan, Majistret Zhafran Rahim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mengarahkan pembelaan membuat permohonan untuk rawatan hospital anak guamnya itu.

Mahkamah juga menetapkan 18 Mei 2022 untuk sebagai tarikh sebutan kes bagi pengurusan laporan kimia daripada pihak pendakwaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penyanyi nasyid mengaku tidak bersalah tanam 17 pokok ganja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast