Johari Abdul

ALOR SETAR – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan akibat ribut di beberapa kawasan di Sungai Petani dalam kejadian pada kira-kira 2 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Azhar Ahmad berkata, kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.

“Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang┬ánamun tiada mangsa tercedera dilaporkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula berkata, antara kawasan terlibat ialah Taman Sutera Jaya, Taman Songket dan Taman Sri Impian.

Beliau berkata, ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat disertai angin kencang dan banyak kediaman rosak serta terjejas teruk terutama di bahagian bumbung.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain yang bertindak pantas dalam mengawal situasi.

“Semoga kesemua mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini. – Bernama