nasi kandar Ipoh helicopter Ebit Lew sexual harassment Abd Jalil Hassan CCID commercial crime online gambling syndicates Op Dadu Khas
Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Polis mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kematian seorang bayi di pusat jagaan di Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan mahu semua pihak memberi ruang serta masa bagi polis memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh holistik dan komprehensif.

Katanya, polis mengambil masa untuk menyiasat kes berkenaan kerana perlu mendapatkan beberapa laporan dari agensi berkaitan bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh adil dan saksama.

“PDRM tidak pernah sesekali menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“PDRM sentiasa berpegang teguh kepada prinsip undang-undang justice delayed is justice denied,” katanya menerusi kenyataan lewat malam tadi.

Media pada 23 Februari lalu melaporkan Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya tersangkut pada kain buaian pusat asuhan itu.

Punca kematiannya masih belum diketahui dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut Abdul Jalil, polis telah merujuk kertas siasatan berhubung kes itu pejabat pendakwaaan dan ia telah dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut yang perlu diambil tindakan dalam melengkapkannya. – MalaysiaGazette