Foto media sosial Soo Wincci.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Dr Soo Wincci mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) selepas dilantikan sebagai profesor madya dalam bidang muzik.

Dia menjadi Miss World Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu.

“Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat.

“Ini memang bukan April Fool. Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai profesor madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang satu demi saya langkah ke alam profesor,” tulis di media sosial miliknya.

Wanita berusia 36 tahun itu sebelum ini memperoleh Ijazah Undang-Undang (University of Reading, United Kingdom), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia) dan kini sedang memburu PhD keduanya dalam jurusan Artistic Produksi di University of Polytechnic di Sepanyol.

Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.

“Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.

“Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa.

“Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Wincci juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada organisasi itu. – MalaysiaGazette