Ngo Thi Ngoc Thu, berusia 42 tahun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang wanita warga Vietnam bagi membantu siasatan kesnya.

Wanita tersebut, dikenali sebagai nama sebenar Ngo Thi Ngoc Thu yang berusia 42 tahun dan alamat terakhirnyadi No.20, MJ/35, Taman Merdeka Batu Berendam, Melaka.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta memberi kerjasama dengan menghubungi pegawai penyiasat, Shahrizan Mohd Nor di talian 07-931 7982 atau 016-9382 270.-MalaysiaGazette