drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu  membuat pinjaman wang sebanyak RM80,000, seorang lelaki kerugian RM243,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Supt Mohamad Musa Marsidi berkata, kejadian itu berlaku selepas mangsa berusia 54 tahun mengisi borang menerusi sebuah laman sesawang.

Mangsa yang juga seorang pegawai bank kemudian dihubungi oleh pekerja syarikat pinjaman wang tersebut dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

“Sejak 28 Februari 2022 sehingga akhir Mac 2022 mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM243,000.00 secara berperingkat ke dalam sembilan akaun bank diberikan,” katanya menerusi kenyataan,

Selepas melakukan beberapa transaksi, lelaki itu merasa tertipu dan akhirnya membuat laporan polis.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohamad Musa menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah melalui proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat. – MalaysiaGazette