Mahdzir (tengah) menyampaikan zakat kepada kanak-kanak Tabika Kemas yang berstatus asnaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

TASEK GELUGOR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membentangkan cadangan kenaikan elaun pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir dalam melengkapkan kertas cadangan kenaikan elaun itu.

Mahdzir.

“Insya-Allah bila sudah lengkap nanti kita akan bawa ke Kabinet.

“Daripada RM500 akan dinaikkan sikit kepada satu tahap yang lebih baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Kemas Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Pada Oktober 2021, media melaporkan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mempertimbangkan untuk menaikkan bayaran elaun 10,000 Pembantu Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ke paras gaji minimum. – MalaysiaGazette