Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selangor merupakan hanya negeri yang merekodkan penggunaan katil bagi kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang melebihi 50 peratus iaitu kepada 53 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga menurun kepada 108 pesakit.

Katanya, pengurangan negeri bagi kes ICU dan alat bantuan pernafasan serentak dengan penurunan kes jangkitan harian yang kini berada bawah angka 12,000 kes sehari sejak seminggu lalu.

Status terkini kes Covid-19 pada 7 April, semalam ialah kes sembuh 16,603 kes (4,099,786 kes kumulatif), kes baharu 11,994 kes (4,292,585 kes kumulatif), kes import 25 kes (20 warganegara dan lima bukan warganegara), manakala kes tempatan 11,969 kes (11,494 warganegara dan 475 bukan warganegara).

Bagi kes yang memerlukan rawatan di ICU ialah 197 kes iaitu 91 kes disahkan Covid-19, 106 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan serta kes memerlukan bantuan pernafasan 108 kes.

Menurut beliau, daripada 11,994 kes harian yang dilaporkan semalam, kategori 1 sebanyak 6,509 kes, kategori 2 (5,395 kes) kategori 3 (40 kes) kategori 4 (22 kes) dan kategori 5 (28 kes).

Daripada 90 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan, 24 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes telah menerima dua dos vaksin, tetapi belum menerima dos penggalak, 36 kes telah menerima dos penggalak, 53 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 58 kes mempunyai komorbid.

Mengenai kluster Covid-19 pula, jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan sebanyak 6,945 kluster, diikuti empat jumlah kluster baharu, 6,794 kluster telah tamat dan 151 kluster aktif. – MalaysiaGazette