Azri Ahmad

KUALA LUMPUR – Orang Kena Tahan (OKT) mempunyai penyakit tibi disahkan meninggal dunia dalam lokap berpusat di Indera Mahkota, Kuantan Pahang, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, OKT berusia 42 tahun itu meninggal pada  jam 6.35 petang oleh Hospital Kuantan selepas ditemukan tidak sedarkan diri oleh pegawai penjara yang bertugas mengagihkan makanan berbuka puasa.

“Pada 9 April jam 4.40 petang OKT telah diberikan ubat sakit Tibi.

“Pada jam 5.47 petang OKT didapati tidak sedarkan diri semasa anggota bertugas mengedarkan makanan untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, OKT yang merupakan merupakan tahanan dari Penjara Penor  menjalani hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 21 Mac lalu.

Manakala tarikh sebutan kes OKT yang telah ditetapkan sepatutnya pada 14 April ini.

Sehubungan itu Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes kematian berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast