MGNews: Langkah Sheraton Jadikan Parlimen Sarang Pelacuran Politik – Mahfuz

Langkah Sheraton yang menyaksikan pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional telah menjadikan Parlimen seperti sarang pelacuran politik.

Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz ketika berbahas dalam Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.