(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.
(Picture for representational purposes only). Covid-19 patients are being treated at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital at Klang, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 11 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan positif Covid-19 naik sedikit semalam berbanding rekod yang dilaporkan pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, laporan semalam menunjukkan 9,002 kes direkodkan berbanding Isnin 7,739 kes.

Menurut beliau, kes sembuh pula mencatatkan 16,986 kes, menjadikan 4,180,763 kes kumulatif.

“Daripada kes baharu 9,002 kes yang menjadikan 4,342,559 kes kumulatif, 52 adalah kes import yang melibatkan 50 warganegara dan dua bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Jelas Dr. Noor Hisham, kes tempatan yang dilaporkan semalam adalah 8,950 kes iaitu 8,562 warganegara dan 388 bukan warganegara.

Mengenai jumlah kluster, katanya, yang masih aktif sebanyak 117 kluster dengan tiga kluster baharu dikesan.

Bagi kluster yang telah tamat ialah sebanyak 6,838 kluster. – MalaysiaGazette