Vladimir Putin. Foto: Firstpost

KYIV – Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam kenyataan semalam menegaskan akan terus menyerang Ukraine sehingga matlamat utamanya tercapai.

Tentera Rusia yang gagal dalam usaha mereka ke arah ibu negara Ukraine, kini memberi tumpuan kepada wilayah timur di Donbas.

Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa tindakan ketenteraannya itu bertujuan  melindungi orang awam di kawasan timur Ukraine dan melindungi keselamatan Rusia.

Dalam pada itu, Ukraine sebelum ini mendakwa sedang menyiasat kewujudan bahan beracun yang dipercayai telah dijatuhkan pada tenteranya.

Timbalan Menteri Pertahanannya, Hanna Maliar mendakwa bahan beracun yang dijatuhkan di Mariupol itu berkemungkinan peluru fosforus.

“Masih tidak jelas kandungan bahan beracun tersebut, kemungkinan peluru fosforus yang boleh menyebabkan melecur namun tidak dikelaskan sebagai senjata kimia,” katanya dalam kenyataan semalam. – Agensi