TASEK GELUGOR – UMNO Bahagian Tasek Gelugor mencadangkan nama anak tempatan sebagai calon parlimen tersebut menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagiannya, Datuk Muhammad Yusoff Mohd Noor berkata, cadangan itu susulan  ramai ahli politik berminat untuk bertanding dengan alasan ia merupakan kawasan mudah untuk ditawan.

Muhammad Yusoff.

“Berdasarkan mesyuarat 86 cawangan UMNO Tasek Gelugor sebulat suara menolak cadangan meletakkan calon luar bertanding di kawasan itu.

“Saya sedia bertanding sebagai calon parlimen sekiranya Badan Perhubungan UMNO Negeri izinkan namun jika mereka mencalonkan nama anak tempatan lain kami terima.

Muhammad Yusoff dan Azlan menyampaikan sumbangan keperluan asas serta bingkisan Aidilfitri kepada pesakit terlantar di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

“Dari segi kriteria calon saya boleh sahkan, UMNO sini mempunyai calon tempatan berbanding meletakkan calon luar,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Terdahulu, Muhammad Yusoff bersama Gerakan Belia 4B Tasek Gelugor menyampaikan sumbangan barang keperluan serta hamper Aidilfitri kepada 13 keluarga membabitkan tiga kadun.

Antara lokasi penyerahan bantuan Guar Kepayang, Sungai Lokan, Tok Jaya, Pekan Darat, Bagan Lebai dan beberapa lagi.

Golongan B40 dan asnaf antara penerima bantuan tersebut.

Mereka yang menerima sumbangan itu terdiri daripada keluarga B40, asnaf, orang kelainan upaya (OKU) serta pesakit kronik.

Hadir sama, Pengerusi Belia 4B Tasek Gelugor, Azlan Abd Rahim.

Untuk rekod, Muhamad Yusoff berjaya menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua selama dua penggal.

Beliau juga diberikan kepercayaan memegang jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi menggantikan Datuk Jahara Hamid pada tahun 2018.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhamad Yusoff mendapat 7,314 undian ketika menentang Zahadi Mohd @ Cikgu Hadi daripada parti Pas yang mendapat 5,380 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,934. – MalaysiaGazette