Presiden Penawar, Datuk Dr. Zulkifli (kanan) menyampaikan bantuan kepada 200 asnaf di Pantai Bersih serta kawasan sekitarnya baru-baru ini.

PULAU PINANG – Pertubuhan Kebajikan Penawar Bersatu Malaysia (Penawar)  menghulurkan bantuan kepada 200 asnaf di Pantai Bersih serta kawasan sekitarnya baru-baru ini.

Antara bantuan itu termasuk bekalan asas, sayur-sayuran, beras dan kotak makanan.

Presiden Penawar, Datuk Dr. Zulkifli Abdul Aziz yang menyampaikan bantuan itu berkata, bantuan berkenaan merupakan rutin Penawar dan ia tidak terhad dalam bulan Ramadan sahaja.

“Kami mengumpulkan asnaf yang layak termasuk mereka yang terkesan akibat ekonomi. Bantuan ini meliputi 800 kilogram sayur-sayuran yang memang diperlukan oleh golongan berkenaan terutama dalam Ramadan ini,” katanya dalam program penyerahan bantuan di Surau Al-Qawi, Pantai Bersih dekat sini baru-baru ini.

Para penerima bantuan itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast