Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad

CYBERJAYA – Kerajaan akan merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota haji daripada 14,306 orang yang diperuntukan kepada Malaysia pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin melalui kedutaan dan Tabung Haji (TH) namun tiada jaminan usaha itu akan berjaya.

“Kita juga akan memohon untuk menambah kuota sekurang-kurangnya seperti kuota tahunan yang biasa diterima sebelum ini iaitu 31,600 orang,” katanya pada media selepas merasmikan Program Semarak Kasih Ramadan 1443H di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Idris berkata, pihaknya akan mengumumkan penambahan subsidi mengerjakan haji pada tahun ini, esok.

“Kos mengerjakan haji RM25,000 tapi kita bagi tinggi lah.. esok akan diumumkan bantuan pembayaran Haji, dimana.. agak tinggi peratusnya..”

“Jika ada negeri lain yang tolak bantuan pembayaran haji itu, kita boleh minta beri kepada kita atas dasar ihsan” ujarnya. – MalaysiaGazette

Malaysia dapat 14,306 kuota haji tahun ini