Mohd Suzeren Md Jamil

KUALA LUMPUR – Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil dilantik sebagai Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang baharu berkuat kuasa 21 April 2022, menggantikan Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Othman A. Karim yang telah tamat tempoh pelantikan pada 20 April 2022.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, UKM percaya dengan pelantikan itu, Mohd Suzeren dapat terus menyerlahkan lagi kualiti dan kecemerlangan pengurusan pelajar selari dengan hasrat serta matlamat yang digariskan dalam pelan strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025.

“Dengan pengalaman beliau sebagai Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), saya percaya beliau dapat menjayakan misi untuk Universiti dalam melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebitaraan yang tinggi,” katanya.

Mohd Suzeren yang merupakan alumni UKM memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kimia pada tahun 2003, kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di universiti yang sama pada tahun 2005 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Polimer Bahan dari Jabatan Material Sains dan Kejuruteraan Universiti Sheffield, United Kingdom (2008-2012).

Selain berkhidmat sebagai Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM, Mohd
Suzeren telah dipinjamkan oleh KPT untuk menerajui jawatan Pengarah Bahagian
Mahasiwa Holistik (BMH), JPT dan memangku tugas Timbalan Ketua Pengarah
(Penyelidikan dan Antarabangsa), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pengetua Kolej Aminuddin Baki dan Penolong Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi.

Kini, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia
Terangganu, Timbalan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Sukarelawanan Siswa, Pelajar Kebangsaan (MPPK), KPT. – MalaysiaGazette