Rakaman video TMZ menunjukkan Mike Tyson menumpak seorang penumpang sebuah pesawat pada 20 April 2022.

SAN FRANCISCO – Bekas peninju heavyweight, Mike Tyson menumbuk penumpang sebuah syarikat penerbangan selepas individu itu “melempar botol air ke arahnya,” kata jurucakap Tyson.

Video yang diambil dalam pesawat menunjukkan Tyson berada di tempat duduknya sambil menumbuk berulang kali seorang lelaki yang tidak dikenali.

Jurucakap Hall of Famer tinju mengesahkan Tyson mempunyai “insiden dengan penumpang yang agresif” yang “mengganggunya”.

Polis telah menahan kedua-duannya.

Polis telah dihantar dan menahan sementara dua individu.

Individu berkenaan dirawat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Kejadian itu berlaku di atas pesawat JetBlue pada malam Rabu, sebelum ia berlepas dari San Francisco ke Florida.

Video diterbitkan oleh TMZ tidak menunjukkan keseluruhan pertengkaran dan botol air juga tidak kelihatan dalam rakaman.

Menurut TMZ, Tyson telah bersetuju untuk bergambar dengan penumpang itu pada awal penerbangan.

Tetapi lelaki itu terus mengganggu Tyson, walaupun permintaan daripada Tyson supaya individu berkenaan “bertenang”.

Video Tyson memukul penumpang tersebut termasuk audio orang lain yang berkata” hey Mike, Mike”, nampaknya cuba menenangkannya manakala orang lain cuba menolak Tyson.

Ia kemudian menunjukkan dahi penumpang berkenaan berlumuran darah.

Rakaman itu telah dihantar ke Pejabat Polis San Mateo untuk siasatan lanjut.

Tyson tidak asing dengan keganasan di dalam dan di luar gelanggang.

Pada tahun 1992, dia disabitkan dengan kesalahan merogol dan menjalani hukuman penjara tiga tahun.

Pada tahun 1997, dia telah hilang kelayakan daripada pertarungan selepas menggigit sebahagian telinga lawannya.- BBC (https://www.bbc.com/news/world-us-canada-61192417)