ar selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataannya berkata, ini berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras sedang dijalankan bermula pukul 3 petang tadi.

Air Selangor menjangka kerja pembaikan siap sepenuhnya pada pukul 3 pagi esok,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Kawasan yang yang terjejas adalah Bukit Permai Industri; Kampung Cheras Baru; Pandan Bistari; Taman Bukit Pandan; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Teratai.

Taman Mawar; Taman Mega Jaya; Taman Melur; Taman Melur, Taman Mestikal; Taman Muda; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Saga dan Taman Seraya.

Menurut Air Selangor, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

Tambah kenyataan itu lagi, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas,
dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke smasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300

“Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” jelas kenyataan tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast