rabies Selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selangor merekodkan satu lagi kes rabies terbaharu ke atas seorang warga emas di Kuala Langat, Selangor pada 22 April lalu.

Kes itu adalah yang kedua di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pesakit berusia 85 tahun itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 20 April lalu selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Telok Panglima.

Ia susulan lelaki berkenaan mengalami anaemia dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia mengalami luka di kaki kanan yang tidak sembuh sejak dua bulan lalu.

Sejak dua minggu lalu, pesakit juga mengadu dia sakit kepala dan hilang selera makan dan tingkah lakunya juga berubah.

“Sampel cecair tulang belakang dan biopsi nucjal dilakukan pada 22 April dan disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan.

“Keadaan pesakit stabil dan masih dirawat di wad isolasi Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya.

Pesakit mempunyai sejarah digigit anjiing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu.

Sha’ari berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan terus memantau situasi rabies di negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast