Bot nelayan berhampiran bantu padamkan api bot pukat bilis.

LANGKAWI – Seramai 24 kru serta tekong nyaris maut selepas bot pukat bilis dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian berhampiran Pulau Buyong di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kejadian jam 7.30 malam itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa selepas kesemua mereka diselamatkan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (PPMW1)

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pegawai pemerintah PPMW1 menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.50 malam.

Sebuah bot pukat bilis terbakar berhampiran Pulau Buyong, Langkawi, Kedah hari ini.

Jelas beliau, bot-bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian telah membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Tiada mangsa mengalami kecederaan serius akibat kejadian tersebut.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan sebelum dibawa balik Pangkalan Polis Marin Bukit Malut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kesemua 24 kru dan tekong bot dibawa ke Pangkalan Polis Marin Bukit Malut.

Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette