Tong yang mengandungi mayat manusia ditemui di Tasik Mead Nevada pada hujung minggu ketika kemarau. Foto AP

LAS VEGAS – Mayat yang ditemui di dalam tong di dasar Tasik Mead selepas paras tasik itu menyusut di tengah-tengah kemarau adalah mayat seorang lelaki yang ditembak.

Pembunuhan itu mungkin berlaku antara pertengahan 1970-an dan awal 1980-an kerana mangsa memakai kasut yang dihasilkan sepanjang tempoh itu, lapor Las Vegas Review-Journal.

Tong itu ditemui pada hari Ahad di Kawasan Rekreasi Nasional Tasik Lake Mead.

Musim kemarau telah menurunkan paras air Tasik Mead di Sungai Colorado di selatan Nevada dan utara Arizona.

Lake Mead dan Lake Powell di hulu adalah kawasan takungan buatan manusia terbesar di Amerika Syarikat, sebahagian daripada sistem yang membekalkan air kepada lebih 40 juta orang termasuk suku kaum orang asli, pertanian dan industri di Arizona, California, Colorado, Nevada, New Mexico, Utah, Wyoming dan merentasi sempadan selatan di Mexico.

Pejabat koroner Clark County akan cuba menentukan identiti lelaki itu. – AP