MGNews: MERIAH! Berpuluh Ribu Bertandang Ke Rumah Terbuka PM

Selepas dua tahun tidak diadakan kerana COVID-19, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Kembali semula pada Syawal kali ini.

Berbeza dengan sebelumnya, ia pertama kali dihoskan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Jemaah Menteri.

Bertempat di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana, orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama beratur seawal 7 pagi.