Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (kiri) bersama peguamnya Hafiz Norkhan (kanan) hadir ke balai polis untuk memeberi keterangan berkenaan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok Suih mengenai Skim Mesra Usia Emas Bil 4 Tahun 2016 di Ibu Pejabat Polis Sentul, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 18 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos percaya ada sesuatu yang tidak kena terhadap aduannya berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada 2017 dan 2018 lalu.

Malah beliau percaya laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada minggu lalu agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya dan sebagai usaha untuk mencegah keadilan itu ditegakkan selepas prosiding kes berkenaan di mahkamah telah berjalan lebih dua tahun.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap wakil rakyat DAP itu semula.

“Mengikut sidang media yang dibuat oleh Teresa minggu lepas walaupun hasil aduan saya kepada pihak SPRM Selangor pejabat Teresa telah diserbu dan dokumen-dokumen telah dirampas oleh SPRM Selangor.

“Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Teresa melalui media di luar pejabat IPD Sentul minggu lepas setelah diajukan oleh rakan-rakan media, saya mendengar ucapan beliau bahawa dia tidak pernah dipanggil atau disiasat oleh SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas diambil keterangan berhubung laporan Teresa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Terdahulu, Jamal yang ditemani peguamnya, Hafiz Norkhan memberi keterangan kepada polis rentetan aduan yang dibuat oleh Kok minggu lepas apabila mendakwa Jamal telah mengongsikan dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara berlenaan mengikut Seksyen 8 OSA.

Seksyen tersebut berkaitan menyampaikan rahsia rasmi secara salah dan jika disabitkan kesalahan bleh membawa hukuman penjara antara setahun hingga tujuh tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lima dokumen OSA tak buktikan saya bersalah – Teresa