Mohd Zaiham Mohd Kahar

BENTONG – Gara-gara mahu mengelak daripada dikesan menggunakan duit rakan, seorang wanita sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya disamun.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd. Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita tempatan berusia 28 tahun mendakwa dtelah disamun RM380 oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah gerai menghala ke Desa Damai.

Namun polis mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan yang diberikan oleh mangsa serta tiada sebarang petunjuk tentang kes samun tersebut dari keterangan yang diambil.

“Hasil rakaman percakapan mengikut mangsa, semasa mangsa hendak pulang ke rumahnya setelah menghantar anaknya ke sekolah telah ditahan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan telah mengambil wang tunai lebih kurang RM380 milik mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun semalam mangsa datang semula ke balai polis untuk menarik semula laporan polis.

“Wanita terbabit telah disoal siasat semula oleh pegawai penyiasat sebab mahu menarik semula laporan polis dan mangsa mengaku telah mereka-reka cerita bahawa telah disamun kerana mangsa sebenarnya telah menggunakan duit rakannya,” katanya.

Susulan dari kejadian tersebut polis telah membuat laporan polis ke atas wanita berkenaan dan kes disiasat di bawah Sesyen 182 Kanun Keseksaan kerana telah membuat laporan palsu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast