Former Advisor of DAP, Lim Kit Siang party mentor Covid-19 positive
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak bersara daripada daripada politik sepenuhnya.

Sebaliknya Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, beliau hanya bersara daripada politik kompetitif.

Menurut Kit Siang, beliau tidak akan bersara daripada politik sepenuhnya kerana politik berkisar dalam setiap aspek kehidupan seharian rakyat.

Beliau berkata demikian terhadap pandangan dari sesetengah pihak yang mengatakan golongan warga emas yang telah bersara tidak patut memberikan komen mengenai politik.

“Seorang bekas Perdana Menteri pula kelihatan sangat tidak senang dengan komen-komen politik saya. Ada lebih daripada dua juta orang rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 65 tahun dan hampir tiga rakyat Malaysia yang berusia di antara 55 ke 64 tahun.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan lima juta orang rakyat Malaysia tidak patut mempunyai sebarang pandangan mengenai politik.

“Saya hanyalah bersara daripada politik kompetitif, bukannya daripada politik sepenuhnya, kerana politik ini berkisar dengan setiap aspek kehidupan seharian kita,” kata Kit Siang.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Mei lalu mempersoalkan Kit Siang yang membuat kenyataan berkaitan dirinya meskipun beliau telah mengumumkan bersara daripada politik.

Dalam hantaran tersebut, Najib sekali lagi mencabar Kit Siang untuk berdebat dengannya.

“Kononya dah bersara tapi tiap-tiap hari ratib Najib, Najib, Najib, Malaysia bakal gagal dan menghasut dan menipu rakyat. Pilihan aya di Filipina pun dia mahu kaitkan dengan saya. Sekiranya bukan bersara, mahu debat?

“Hari itu saya debat Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris. On?” tanya Najib.

Pada 20 Mac lalu, veteran DAP tersebut mengumumkan persaraan beliau dalam arena politik ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Ke-17 DAP.

Dalam pengumuman tersebut dia memaklumkan tidak akan mempertahan kerusinya di Parlimen Iskandar Puteri pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Kit Siang juga mengumumkan tidak bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dalam Kongres Ke-17 parti itu.-MalaysiaGazette