KUALA LUMPUR – Jumlah dagangan Malaysia pada bulan April 2022 bernilai RM231.4 bilion (peningkatan 21.3% tahun ke tahun) dengan nilai eksport RM127.5 bilion (peningkatan 20.7% tahun ke tahun) dan import bernilai RM103.9 bilion
(peningkatan 22.0% tahun ke tahun).

Pada April 2022, eksport pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih meningkat 18.5 peratus tahun ke tahun kepada RM499.9 juta.

Di peringkat negeri, Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih bernilai RM272.7 juta (54.5%), diikuti Selangor (RM104.3 juta, 20.9%) dan Perlis (RM41.0 juta, 8.2%)

Dalam satu kenyataan pada hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport pada bulan April 2022 meningkat sebanyak RM21.9 bilion (+20.7%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM9.0 bilion), Selangor (+RM3.7 bilion), Sarawak (+RM3.4 bilion), Kuala Lumpur (+RM1.7 bilion), Sabah (+RM1.6 bilion), Johor (+RM1.6 bilion), Kedah (+RM1.3 bilion), Pahang (+RM518.0 juta), Labuan (+RM456.0 juta), Kelantan (+RM132.5 juta) dan Perlis (+RM15.1 juta).

Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Melaka (-RM631.4 juta), Terengganu (-RM349.2 juta), Negeri Sembilan (-RM324.0 juta) dan Perak (-RM280.1 juta).2

Import juga meningkat RM18.7 billion (+22.0%) pada April 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya dengan Pulau Pinang (+RM5.4 bilion),Selangor (+RM3.0 bilion), Melaka (+RM2.2 bilion), Kedah (+RM1.7 bilion), Johor (+RM1.5 bilion), Kuala Lumpur (+RM1.4 bilion), Sarawak (+RM902.4 juta), Perak (+RM826.1 juta), Negeri Sembilan (+RM674.0 juta), Pahang (+RM527.4 juta), Labuan (+RM179.2 juta) dan Perlis (+RM13.0 juta).

Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM170.7 juta), Sabah (-RM102.0 juta) dan Terengganu (-RM38.6 juta).

Mohd Uzir menambah, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.3 peratus, diikuti oleh Johor (20.0%), Selangor (19.5%), Sarawak (8.1%) dan Kuala Lumpur
(4.3%).

Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.4%), Johor (18.3%), Kuala Lumpur (7.3%) dan Kedah (5.7%). – MalaysiaGazette