Thailand pada Khamis telah mengesahkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun yang melakukan perjalanan dari Nigeria ke Phuket..- Gambar hiasan.

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, cacar monyet memberi “risiko sederhana” kepada kesihatan awam secara keseluruhan di peringkat global selepas kes dilaporkan di negara-negara penyakit itu tidak biasa dikesan.

“Risiko kesihatan awam boleh menjadi tinggi jika virus ini mengeksploitasi peluang sebagai patogen manusia dan merebak kepada kumpulan yang berisiko tinggi lalu memberi risiko untuk mendapat penyakit teruk seperti kanak-kanak kecil dan orang yang mengalami imunosupresi,” kata WHO.

Sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan dari 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu, kata WHO.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

WHO juga berkata, kemunculan secara tiba-tiba cacar monyet di beberapa negara bukan endemik mencadangkan penularan yang tidak dapat dikesan setakat ini.

Agensi itu menjangkakan lebih banyak kes akan dilaporkan apabila pengawasan di negara endemik dan bukan endemik berkembang.

Monkeypox ialah penyakit berjangkit yang biasanya pesakit mengalami simptom ringan, sering kali berlaku di bahagian barat dan tengah Afrika.

Ia tersebar akibat hubunban rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah-langkah seperti pengasingan diri dan kebersihan.

Kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini telah dikesan di United Kingdom, Sepanyol dan Portugal.

“Sebahagian besar kes yang dilaporkan setakat ini tidak mempunyai kaitan dengan perjalanan ke kawasan endemik dan telah dibentangkan melalui penjagaan primer atau perkhidmatan kesihatan seksual,” kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu BB itu. – Reuters