Papan tanda amaran kepada orang ramai supaya tidak memberi makan atau mengganggu buaya di tasik tempat seorang lelaki Florida ditemui mati di Largo, Fla. Foto Associated Press

MIAMI – Seorang lelaki yang menjadi penjual piring terbang (fribees) di tasik awam Florida, ditemui mati dengan lengannya terkoyak.

Ia merupakan serangan maut buaya pertama di negeri ini sejak tahun 2019.

Serangan itu berlaku di tasik seluas 53 ekar (21ha) di Taman John S. Taylor di Largo, Florida, kata jurucakap Jabatan Polis Largo.

Jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengenal pasti mangsa hanya sebagai lelaki berusia 47 tahun.

Mangsa yang mencari rezeki dengan menjual Frisbee (piring terbang) yang beridah di tasik itu.

“Dia mati ketika sedang mencari piring terbang di tasik. Dia mati akibat serangan buaya.

“Nampaknya dia masuk sebelum taman dibuka – malangnya bukan masa yang sesuai untuk berada di mana-mana tasik, terutamanya semasa musim mengawan buaya,” kata Paul Cozzie, Pengarah. Taman dan Sumber Pemuliharaan di Pinellas County.

Seseorang yang berada di taman itu sekitar jam 8 pagi melihat mayat itu di tebing tasik dengan sebelah tangannya terputus, tambahnya.

Lelaki itu bukanlah orang pertama yang diserang oleh buaya ketika cuba mendapatkan piring terbang cakera untuk mendapatkan wang kerana beberapa tahun lalu seorang lelaki telah digigit buaya di mukanya di tasik yang sama tetapi terselamat.

Tasik itu mempunyai kedalaman enam hingga lapan kaki (1.8 meter hingga 2.4 meter). Jadi anda perlu “menendang di bahagian bawah” untuk mencari cakera.

Dia menyifatkan tasik itu bersambung dengan saluran air lain yang berdekatan, menjadikannya “hampir seperti lebuh raya untuk buaya bergerak ke seluruh daerah”.

Terdapat papan tanda yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memasuki tasik itu.

Semasa musim mengawan, yang berlaku pada bulan Mei atau Jun, buaya biasanya menjadi lebih agresif. – NY Times